7hb Mac 2010. Andakah anda tahu tempat-tempat makan yang sedap atau istimewa di Malaysia? Kalau makan sekali hendak tambah lagi!
Apa kata kita mulakan satu usaha untuk berkongsi maklumat pada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kisah apa jua jenis makanan, yang penting sedap sampai menjilat jari. Jadi kalau kita ke Perlis hinggalah ke Sabah, kita dah tahu yang makanan mana yang sedap. Tempatnya di mana? (tolong beri panduan macamana nak ke sana). Chef atau tukang masaknya siapa?
Kalau boleh sertakan gambar sekali lagi bagus. Ambilah gambar kedai dari luar, pastikan nampak papan tandanya. Kemudian ambil gambar dalam kedai pula. Tetapi yang paling penting adalah gambar makanannya. Lepas itu tulislah cerita tentang makanan tersebut. Apa yang istimewanya?
Lepas ini, kalau kita jalan-jalan di seluruh Malaysia, pasti tidak lapar. Buat permulaan, emailkan kepada saya, drizhar@yahoo.com. Jangan lupa hantarkan nama sekali (tak kisah nama pena atau apa-apa pun) dan email sekali. Saya akan paparkan cerita dan serta nama penyumbang sekali. Yang penting maklumat betul, sebab ramai yang nak pergi nanti.
Makan untuk Hidup :)
Dr Izhar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment